Story ni hanya lah rekaan semata-mata nah..so dia tak kena mengena or sangkut paut dengan manusia yang hidup atau yang dah meninggal dunia...
Dah cukup-cukup 10 tahun aku berkhimat dengan sebuah syarikat penerbangan,jadi sebagai tanda penghargaan di atas kecekapan serta keamanahan aku..hoho aku dah hadiah beb p Bali..tiket p balik free 8 hari 7 malam pulak tu..huhu rapat teroih leave aku dan bakal rapat jugak la kewangan aku..tapi tak laa..sekali sekali..dan plus plus plus penginapan mewah bertaraf vvip untuk aku...hoho,terasa bagai duhnia ni ana yang puhnya..
Tapi ada jugak yang tak mengbestkan aku yang mana aku sorang-sorang trang tang tang ja..yang lain ada tapi trip yang lain pulak..huhu rasa macam tak normal ja nak p makan hangin sorang-sorang..buleh masuk aku macam ni..nasib baik la aku dikurnia 2 sahabat yang mereng akibat sinta..so aku buleh la putaq lebih kurang sikit ajak depa follow aku..haha jeng jeng jeng
Pong pang ping ping bla bla bli bli bli blu blu blu..akhirnya aku telah berjaya memerangkap mereka berdua..haha,tapi di dalam keberkesanan aku tu pun kena jugak paw kot ataih..huhu tah guhna punya friends tapi tak pa ada rezeki aku ada jugak la rezeki depa kan..janji depa nak nak teman aku kira bagoih dah la..
'Nurhanis(Anis) dan Kiasara(Sara) tolong yah kalian berdua cheaking jangan di lupa segala yang important yah..yah..yihaaa'aku berseloroh..haha gila kau tak happy nak p makan hangin kot....
'Hamboih..hang belom apa-apa lagi sudah tukar ka??hahaha'giliran Sara pulak buat lawak vongok..
'Haa..lupa nak habaq kat hampa dua,baru ni masa aku tengah free kat office....
'Helooo bukan baru-baru ni jahh ok hang tu hari-hari free kat office..haha'aku menyampuk statment Anis
'Weiii jahat la hang Mia..dengaq la teman nak kabo,member office aku habaq kalau dah sampai Bali tu rugi kalau tak try diving kat Pulau Menjangan'
'Eh..dah nama pun Pulau Menjangan,makna kata jangan la dive kat situu..hahaha'kami dua sakat Anis..memang selalu Anis nanti jadi bahan masakan kami sampai dia dah terbiasa..hehe
'Hampa ni jaat ar...'
'Huhuhu,kami ni si jahat yang cumil..ok la camni bila sampai ja kat sana kita cari la travel island punya agency kat sana...mesti bersepah kat sana..hang nk p Pulau Menjangan ka Menboleh ka ikot suka la Anis...'
Touch down ja kat sana punya airport si Anis tu dah beria-ia nak cari travel island punya agency yang semalam aku promise kat dia nuu...nampak sangat kegedikan Anis punya nak p Pulau tu..aku heran betoi or mungkin kat sana beach boy dia gantang-gantang(hensem) kot...hohoho..suka jugak cheq pong...
'Nyabor la sikit Anis oiiiii...apa yang mengkome tak menyempat sangat dah pasai pa haa tak berlari kemana aih pulau tu..kita balik tengak hotel lagi rancak...suite honimun ok depa bagi kat aku..mau besaq rumah teres ni aku dok rasa...'aku pulak menunjuk-nunjuk kegedix kan aku di situ.
'Warrrrrggghhhhh...fuyoooo...yoyoyoy...cantik nya bilik ni makkkk oiiii'jerit Anis
'Ya Allah ya tuhanku..elok sangat la kan perangai hang tu Anis terjerit terpekik terlolong macam polong tu,sampai tak menyempat dah nak bagi salam'
'Terteruja gila bak hang..hoho assalammuailaikum mak tok mak nek boleh cucu tumpang nginap di sini enggak?hahaha'
'Waalaikumsalam nak'
Opss..tiba-tiba satu suara pelik menjawab salam tadi,yang pelik aku tengok Anis relex ja macam tak terdengaq apa-apa ja...yang dia sibuk dia dok tawaf satu bilik ke satu bilik.
'Hang jawab ka tak sat ni?'aku dan Sara serentak mengaju soalan yang sama..so which mean aku ngan Sara ja la yang dengar??ohhh..my...goshhh...!!'
'Aaa..mungkin imaginasi kita ja kot noh..'cara aku menyejuk bekukan hati aku yang seram ni.
'Jom kemas-kemas dulua apa patot pastu kita keluaq makan..aku belanja ampa malam ni'
'Lanja?ni yang cheq seronok nak dengaq ni..hihi'kata Sara..terlupa la sejenak apa yang jadi tak sat ni.
'Anis..woiii buat apa hang kat ataih tu??mai la kaih angkat beg hang ni..berat nak mampus hang bawak gajah ka badak ayaq dalam beg hang ni woiiii...!!'
'Wei ampa..ada 3 bilik la..elok la kita ambik sorang satu nahhh...aku ambik masterbed room cuppp!!'Anis mengemukaan idea yang kurang bernas tu.
'Hellooo cik adik yang tak berapa nak maniss..kita ni kat Bali na a.k.a Indonesia fyi kita bukan kat Malaysia na...so better we stick together,jadi kita tidoq tiga skali kat masterbed room dia setel..'aku mengarah dan mengcantas idea Anis tadi..hoho
Lepas mandi siap-siap,kami turun cari makan...syukur laa makkk,kat sini tak susah sangat nak cari makanan yang halal dan yummy super dalisiousss...merasa jugak la makanan-makanan depa macam sate lilit,ayam betulu,rujak bulung dan sambal merahh..jangan marahh nahhh..hehe
'Lookk...bukak lagi la kedai Pulau Menjangan tu'
'Yenaaa deiii..bila masa pulak nama kedai ni Pulau Menjangan Anis oiii.....tu tak nampak dia tulih tu Bali Cantik Travel Agency..aku cocok jugak kang hang ngan lidi sate ni...'
'Good evening bapak,mahu nanya berapa yah harganya trip ke Pulau Menjangan?'aduhhduhhduhhh...kok aku bisa mengomong Indonesia..hehe
Lepas berurusan dengan agency tu kami dapat harga kasih sayang jugak la tu pun kena jugak rm150 1 kepala,dah la tu mulut ni gatai la pulak bukak sora nak belanja 2 puteri kurang manis lebih asam ni..huhu tapi aku boh depa balik..yang mana depa kena plus harus lanja aku dinner...hohoho
Kami jalan-jalan dulu area hotel kami tengok-tengok apa yang menarik,lepas tu terus masuk hotel..aku dengan Sara decide nak mandi dulu sebelum tidoq tak selesa badan melekit tapi Anis aku tengok dah hanyut dah..dah sampai Pulau Menjangan dia tu kot..
Jam dah nak dekat pukoi 1a.m dah tapi aku ni tak jugak-jugak dapat lelap..aku tengok 2 rebau ni dah kemana hala dah..huhu jeles pulak aku..aku decide nak dok lepak depan tv la sat sampai mata ni mengantok..
Tiba-tiba sesuatu yang pelik jadi,tadi seingat aku balik ja kami terus naik bilik aku dan Sara mandi dan Anis dah mengeroh dalam bilik tidoq..jadi sapa yang onkan tv ni?aku berdiri lama depan tv yang tak siaran tu lama jugak sambil continue merasa pelik..dengan tiba-tiba aku ada tangan menepuk bahu aku dari belakang..aku gila terkejut pastu aku terus menangis..
'Weiii..Mia aku ar Anis,hang pasai pa wei?'
'Ya Allah..hampa ni pun tak boleh tunggu besok ka nak main cilut sembunyi'kata Sara yang terkejut dengaq sora aku sampai atas..dah tu aku pulak elok terperosok celah sofa.
'Aku terkejut tau dak Anis yang hang tiba-tiba tepuk bahu aku pasai pa?tadi aku tengok hang dah lena keraih awat yang tiba-tiba hang turun mai?saja seronok nak menyakat aku ka haa?'aku meluahkan dengan perasaan geram..huh..
Anis hanya terdiam...
'Sudah lah...nak gadoh kalu besok-besok ja..dah pukoi berapa dah lani satg kita nak bangun awai kan'
Depa bawak aku naik bilik,mula tu aku macam susah jugak nak lelap mata tapi lepas Anis baca 3 kul alhamdullilah aku dapat tidoq.
'Sumpah Ra,aku tak tepuk pun bahu Mia tak sat ni..aku dengaq sora orang menjerit kat bawah tu yang aku lari turun..tup..tup aku nampak Mia dah terperosok kat sofa dengan dok menjerit bagai...aku yang tak tau apa-apa buta ja dok kena swing...hmmmm'
'Dah la dah la...besok jala kita sembang..aku dah dok mai seram sejuk ni'
Besok tu masa dalam trip ke Pulau Menjangan aku masih bermasam muka dengan Anis,aku memang geram betoi dengan apa yang dia buat kat aku semalam.
Tiba-tiba..
'Errmm..ada orang tu kan dia marah betoi kat kami,dia merajok kat kami dan dia tak sayang kat kami dah..terasa sunyi la hidup ku inihh....hmmm'
'Elehhhh skandal ramai nuuu kat Penang,segala mamak nasik kandaq pun dok tergila-gila..lagi purak-purak sunyi..mohong sangat..huh'giliran aku pulak menyakat sahabat baik aku tu.
'Sorry la yang di sana..orang janji tak buat dah lagu tu'Anis menamatkan persengketaan kami ni dengan mengaku salah walaupun hakikatnya Anis memang tak salah.
'Ermmm..aku pun sama wei tengking-tengking hang semalam...jantung aku macam nak luruh kot semalam'
'Its ok...so friend balik nah?'
'Ehhh no..no..no..we're super best friends..kawan sampai Jannah..hohoho'sedang kami berdrama telenovela,bot berhenti di perhentian yang pertama iaitu Pantai Kuta Bali...pasir kat situ bersih gila..lembut halus jaa...ni orang kata khazanah alam yang di pelihara dengan baik.Kami mandi kat situ habuan 2,3 round sebelum menuju ke destinasi seterusnya...hoho macam mengacara rancangan tv pulak rasanya..hihi
'Bali Cantik...Bali Cantik,semuanya udah bisa naik boatnya sekarang yaa...kita udah mahu bergerak ke destinasi seterusnya'
Kami berlari-lari sambil menyanyikan lagu hindustan,tiba-tiba Anis terjatuh akibat tersadung dan tersepak sesuatu dan ibu jari kakinya jugak berdarah...
'Mas....tolong di sini..sekali bawa first aidnya mas'aku menjerit meminta bantuan,aku dan Sara melihat di sekelililng tempat kami berlarian tadi..pelik,tak nampak pulak objek-objek yang berbahaya hanya yang terdampar pasir putih berdebu..jadi benda apa yang sebenarnya Anis langgar sampaikan kaki dia berdarah??sungguh pelik...
Sementara menunggu si hero datang bersama first aidnya itu..bertiub-tiub jugaklah darah yang di bazirkan...cengkrokeng betoi la..buat apa la punya berjam..aku memelok erat tubuh Anis..aku mungkin tak dapat merasa sakit yang Anis tanggung tapi aku akan ada untuk bantu Anis..
Nampak ja muka beach boy tu teros aku bertukaq negara..
'Cepatan mas..kasihan teman aku nihhh'sekali sambai belacan aku hentam.
Si beach boy tu dukung Anis dan letak kat tempat yang lebih redup sikit,sementara dia buat apa yang patot kat luka Anis yang agak dalam tu,aku cuba tercari-cari tempat Anis jatuh tadi yang sepatutnya bermandi darah..tapi dah tak dak?tak mungkin depa kat situ just tampung pasir tu...sepatutnya depa kena cedok buang pasir yang berdarah tu kan..lagipun benda jadi terlalu pantas..tak nampak lansung dah kesan darah..tadi bukan main banyak lagi..aku dah mula terasa lembik lutut...seram sejuk segala yellow semua aku rasa..
'Weii..hang pasai pa?'tegur Sara,aku tak kata apa-apa tapi secara automatik tangan aku mengarah tempat Anis jatuh tadi..
'Woihhh..mana p darah yang belambak-lambak tadi???'soal Sara..aku tak jawab dan mata aku tak abih-abih dok tengok ke arah tempat tu.
Lepas apa yang dah menimpa Anis tu,pergerakan kami dah sedikit terbatas..terang-terang Anis tak boleh turun dah..mesti pedih gila kalau terkena ayaq masin ni..so aku pun decide batalkan niat nak diving,tak sanggup pulak nak seronok-seronok pastu biaq Anis sorang-sorang duduk dalam boat..kesian gila kat Anis..sebab dia yang paling beria nak diving sangat..huhu
Pulau Menjangan
Gila..memang cantik siot pulau ni,memang dalam hati terasa teringin..dan ayaq laut yang jernih macam ayaq coway tu dok panggil-panggil pulakk dahh,huhu siottt betoi...tengok semua pakat dok kelam kabut dah dok mengenakan swimming suit macam la ayaq laut tu nak kering dah..
Tapi kami bertiga hanya duduk di satu sudut sambil melihat-lihat betapa excitednya depa..huhu
'Laaa..yang hampa dok melanggut apa lagi ni weiii....kita mai sini bukan nak kempem melanggut naa..p kaih la pakai swimming suit tu..satg dah tak dak saiz hampa baru padan muka..haha'Anis berlagak biasa
'Weii..agak-agak la tak kan kami nak tinggai hang sorang-sorang kat sini,tak pa Sara hang p main-main dulu'
'Tak mo la...sorang-sorang mandi macam alien ja..tak mo,tak mo kita dok sini sembang kutuk-kutuk depa pun best pa..haha'
'Sebelum aku sugun kepala hampa dua baik hampa p kaih...cepatannn!!'nampak betoi Anis macam serious benar nak kami p jugak-jugak.
Aku dok lawan tengok Sara,nak tau jugak reaksi dari Sara.
'Betoi ni hang tak pa?'soal Sara.
'Betoi tak pa..tapi satg balik hampa kena lanja aku makan seafood,tak kira nak jugak seafood'
'Ok..ok..Sara lanja'aku buh kepala Sara pulak kali ni..hehe
'Yalaa..boleh no problem,kami turun sat nah..kami ada dekat-dekat sini ja'
Terover excited pulak bila dalam menyelam sambil di kerumuni oleh berpuluh ekor anak ikan yang cantik-cantik,sekali sekala dapat dekat dengan hidupan yang lain dari manusia ni best sangat..huhu dalam laut tu aku dok hambat anak-anak ikan sampaikan aku tak sedaq dah berapa jauh dan dalam aku dah p...uihh berani sungguh la aku ni.
Aku selam ja buat-buat rilex,tapi tiba-tiba kau terperasan ada orang lain yang turut sama menyelam bersama aku,orang tu mula dok jauh..tapi makin lama makin dia menghampiri aku..makin hampir makin aku kenai sapa orang tu..
Anis???Betoi ka Anis ni??aku amati betoi-betoi bila dia makin dekat dengan aku..ya Allah sungguh la Anis,Anis bertindak menarik-narik lengan aku dan aku hanya follow ja dia..lebih dalam,dalam dia tarik aku..tiba-tiba aku perasan persekitaran aku bertukaq menjadi gelap..genggaman Anis semakin kuat dan aku semakin sukar untuk bernafas..
Aku merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Anis dan mungkin bukan Anis..dengan kudrat yang berbaki sedikit aku cuba rentap lengan aku dari gengaman Anis dan aku cuba berenang naik ke permukaan lepas tu aku tak ingat apa dah..mungkin dah abih nyawa aku rasa..
Sedar...aku terus cari Anis..
'Anis mana Anis?'soal aku pada Sara
'Awat yang berenang jauh sangat Mia,bahaya tau dak Mia..hang tau hang ni hampir-hampir lemas?'
'Aku tanya Anis mana?tadi aku dive dengan dia,mana dia Sara??'
'Ya Allah..hang merepek apa ni mana ada Anis turun,tapi masa aku naik boat aku tengok dia tak dak pun dalam boat..mungkin dia turun jalan-jalan sebab aku ada tanya budak-budak kat situ depa ada nampak Anis turun'
Aku pelik jugak,mana si Anis tu nak p dengan kaki dok sakit?boleh jalan ka?ada dekat 15minit kami tunggu dia dalam boat dia tak mai-mai jugak..so aku decide nak turun p cari takot jugak kalau terjadi apa-apa.
Berpinau mata aku dengan panas atas kepala,dengan aku penat aku gagah jugak-jugak cari Anis..aku tak kira Anis aku kena cari sampai jumpa..tapi hampa Anis tak jumpa-jumpa jugak..dah tu boat nak bertolak balik dah..aku dengan Sara menangis kami takot jadi apa-apa kat Anis..
Kami mintak tangguh sat perjalanan balik,mintak depa sama-sama cari Anis..kami mula sekali lagi cari Anis..habis 1 pulau kami pusing malang seribu kali malang Anis tak jugak ketemu..Sebab dah tak boleh tangguh lagi perjalanan memandangkan hari pun nak dekat senja dah..depa bagi idea kat kami,bawak kami semua balik jeti dulu lepas tu depa patah balik cari Anis sampai jumpa..tu yang depa janji kat kami.
Kami terpaksa setuju walaupun berat sekali..memandangkang ramai lagi passengger dalam boat yang jugak mengharap dapat pulang dengan selamat.
Sampai-sampai ja kat jeti aku merayu-rayu kat depa suruh cari Anis sampai jumpa..aku nak ikot tapi depa tak bagi sebab depa takot berisiko nanti..jadi aku pasrah jala,kami bagi dia alamat hotel siap dengan number bilik..masa tu kami dah tak kisah orang nak buat jahat or tak..yang penting kami nak Anis balik dengan selamat.
'Mia kita nak singgah makan dulu ka?'tanya Sara
'Tak payah la Ra kita oder makan kat hotel jala na..aku lapaq tapi tak tergamak nak makan bila teringat kat Anis..kita patut belanja dia makan seafood malam ni kan Sara...mmm'aku tak dapat menahan ayaq mata lagi..tersedu-sedan aku nangis.
'Laaa..mana mai pulak dak ayaq ni..leak ka apa ni?Mia aku rasa ada leak kat mana-mana ni watch your step tergelincir satg..'pelik..tak tau dari mana mai ayaq setompok depan pintu bilik..mungkin cleaner tumpahkan ayaq kot.
20minit aku berendam dalam bath tub,siap mandi pakai baju aku rasa release sikit tapi bimbang tu masih mengatasi.
'Mia..jom la oder makan lekaih kami dah betoi-betoi lapaq ni..'Sara merayu mintak perot dia diisi..
'Ok-ok jom kita oder makan..kita oder lebih sikit untuk Anis nah'
Kami turun bawah tiba-tiba kami nampak sesorang dok mengadap tv yang terpasang..dari belakang nampak macam Anis!!!
'Anis.........'aku memanggil.
'Ya....'Anis menyahut namun dia tak berpaling memandang kami.Kami pergi mendapatkan Anis..memang betoi Anis dah pun berada di hadapan kami..dia kelihat sangat letih,seluruh tubuh dia basah dan dia kelihatan sangat pucat.
'Ya Allah Anis.....syukur hang dah selamat,kami punya risau kat hang Anis,dah-dah jom p mandi satg demam plak nanti.Lepas ja aku bawak Anis naik bilik untuk mandi aku tinggaikan dia sebentar dan dapatkan Anis.
Sara tercengang depan sofa yang Anis duduk tadi,tiba-tiba dia menunjuk ke arah sofa tu..
'Weii hang ni pasai apa?jangan dok buat aku cuak boleh dak?'
'Tadi Anis basah kuyup kan kita nampak,kat situ Anis duduk kan kita nampak..tapi pasai pa tak basah pun sofa tu?macam mana dia boleh masuk sedangkan pintu dah berkunci?'terang Sara yang keliru dengan apa yang dia nampak.
Aku pun mula terpikiaq logik,betoi jugak apa yang Sara runsingkan..tapi semua ni mesti explaination so tunggu Anis dah ok kita boleh tanya kat dia.
'Dah tak payah dok pikiaq bukan-bukan..hang p naik atas tengok Anis..aku nak oder makan'
Sara naik atas tengok Anis dah siap,tapi dia pakai baju tidoq Mia..aku malas nak bertanya.
'Syukur yang dah selamat..kami risau gila kat hang Anis'kata Sara sambil memegang tangan Anis yang sejuk dia tu luar biasa sangat..
'Tapi hang tak percaya yang aku selamattt.....'Ya Allah sora Anis lain macam ja bunyi dia..aku terasa seram sejuk sumpah tak mohong..
'Sara turun lekaih..makanan dah sampai ni..kebuloq dah kami dua dok tunggu hang..hang dok buat apa?tidoq ka?'
Kami bedua?apa maksud Mia..aku dengan Anis kan ada dalam bilik dok sembang??
'Mia....sapa ada kat bawah dengan hang??'
'Ya Allah...Anis laa lekaih la turun....'
Aku toleh kearah Anis...Anis masih lagi disitu,dia tiba-tiba menghadiahkan aku senyuman yang teramat sangat mengerikan...tiba-tiba Anis hilang dari pandangan aku,aku tak ingat apa dah aku menjerit sekuat hati aku..lantak la orang nak complaint ka apa lantak arr...yang aku tau saat tu aku nak bebaskan perasaan takot yang amat berhadapan dengan dua Anis,yang aku tak pasti mana satu manusia mana satu setan!!! atau mungkin dua-dua setannn!!!!
'Astaghfirullah hal azim...Sara awat yang menjerit malam-malam ni..kita dok tempat orang behave la sikit Ra'
Aku pelok Mia..aku takot,seram satu badan..lembik segala sendi..Aku kena habaq kat Mia apa yang aku alami supaya kami boleh berambus dari sini..aku dah tak sanggup..
'Mia..betoi ka hang ada kat bawah tadi ngan Anis?'
'Aaa..betoi la aku kat bawah dengan Anis..pasai pa hang ni?cuba cerita pelan-pelan mai kat aku?'
'Kalau Anis ada bawah dengan hang?sapa yang aku sembang dari tadi kat sini?sini betoi-betoi tempat yang hang duduk Mia...aku tak tipu Mia betoi Anis ada kat sini tadi!!!'
'Saraa....Miaaa,kenapa ni?Anis tiba-tiba muncul.
'Woiiii...sapa hang ni haaa??awat hang cuba ganggu kami??!!'Sara bertempikan ke arah Anis.Anis hanya tersenyum.
'Ya Allah..sudah la Sara,ni Anis kawan kita dia bukan setan dia bukan hantu'giliran aku mempertahankan Anis.
'Aaa..Anis bukan hantu la Sara..Anis niii...'
'Arrrggghhh..aku tak perduli aku nak balik Penang lani jugak Mia..aku tak perduliiii!!!!Sara menjerit.
'Enough Sara...enough!!! aku kata cukup-cukup..jangan buat benda bodoh..sabaq sikit istifar sama jangan ikotkan sangat perasaan hang tu!!'
Melihat keadaan Sara lani..aku yakin dan aku percaya dengan kata-kata Sara..dan aku mula ragu dengan kehadiran Anis.
'Nak tenang kita solat sekali na Sara..tuhan saja tempat terbaik untuk kita mengadu memintak perlindungan..ok,dah jom Anis kita solat sekali.......'
'Anis tak boleh solat'kata Anis.
Pelik..kalau mai bulan tadi pagi elok ja dok berendam...Anis yang aku kenai seorang yang pembersih,bersangka baik mungkin dia belum mandi hadas lagi kot.
'Owhh..ok xpala hang tunggu kami kat bawah'aku mengarah..dan aku lihat Anis hanya mengikut.
Usai solat isyak Sara tak mau turun makan,katanya dia tak lalu nak terus tidoq..aku pun tak xpala tak mau nak paksa-paksa dia biar la dia rehat mungkin besok pagi dia bangun dia ok dah.
Aku turun bawah,aku tengok Anis dah standy dekat meja makan..aku ke dapur panaskan makanan tadi dah hidangkan atas meja,sejurus tu Anis terus-terusan menglahap makanan-makanan yang masih lagi panas tu..aku terkejut berukk..Anis bukan orang yang macam ni!!
'Anis..hang ok ka?awat makan gelojoh sangat ni..pelan-pelan laa'
'Aku lapaqqqq!!!'
'Kot ya pun lapaq makan pelan-pelan pun boleh kenyang kan'
'Diammm!!!!'Anis menjerit kearah aku dan dia melompat duduk atas meja.
'Aku lapaq lagiiii!!'Anis merungut lapaq sedangkan dia dah habiskan kesemua makanan kami..dan aku mula yakin tu bukan lagi Anis..cuma yang aku kurang pasti tu jelmaan Anis atau Anis dah di rasuk?.
Berhadapan dengan semua ni di tempat orang seorang diri..aku kena kuat,aku kena beranikan diri.Aku berlagak macam biasa.
Tiba-tiba dengan sekelip mata Anis berubah daripada Anis yang rakus tadi kepada Anis yang lemah lembut sekarang..
'Mia...mana bilik tidur Anis?'
Aku menghalakan pada bilik bawah bukan pada bilik sebenar kami iaitu yang berada di tingkat atas..
Anis tersenyum dan mengucapkan terima kasih lalu dia menghala ke bilik dia..lepas ja dia tutup pintu dia,aku terus berlari masuk ke dalam bilik kami.Aku tengok Sara dah boleh tidoq lena tapi aku??huhu
Aku ralik tengok Sara lama-lama baru aku perasan..ada 2 pasang kaki yang terjuntai ke bawah?ya Allah...dugaan apa pulak ni??kaki setan mana pulak dah ni?pelan-pelan aku berpaling ke arah lain aku istifar banyak-banyak dan aku baca doa apa saja yang seingat aku..seketika aku paling semula kaki extra tu pun hilang..aku angkat blanket yang Sara selimut diri dia tu untuk dapatkan lebih kepastian..alhamdullilah hanya Sara..sejurus tu aku selimut dah menutup kembali Sara.
Kring..kring..kring..kring
Tiba-tiba telefon bilik berbunyi..aduhhh malapetaka apa ni..
'Bunyi fon kan tu Mia..p la angkat..bising la Mia'tiba-tiba Sara terjaga akibat bunyik fon yang kuat dan memecah kesunyian malam yang menyeramkan..huhu rasa lemah nak turun,jadi aku decide angkut Sara sekali..dan dalam dok mamai pun dia ikot la jugak..huhu
Masuk kali ketiga fon tu berbunyik baru kami sempat nak angkat..
'Selamat malem..maaf ya menganggu ibu,saya cuma mahu meminta izin karana di bawah ada beberapa cowok katanya dari travel agency dan mereka ingin ketemu sama kalian..jadi bisa enggak?'tanya receptionist
'Ya udah..benarkan sahaja mereka'
'Kalau begitu makasih ya ibu dan selamat malem'
Lepas letak fon,kami terus menunggu di depan pintu..sempat jugak aku mengerling ke arah bilik Anis tu..tapi masih tertutup..dari jauh aku nampak beberapa beach boy yang aku cam la muka depa..dan seorang anggota polis??
'Maaf ya ibu-ibu lagi menganggu..kami dari Travel Bali Cantik cuma ingin maklumkan pada kalian teman kalian yang hilang itu sudah ketemuk dia lagi di rumah sakit..jika ibu-ibu ingin ke sana kami bisa membawa kalian'
Aku dan Sara saling berpandangan..sementara ramai lagi kat luar aku decide nak jugak-jugak menjenguk ke dalam bilik yang Anis diami tadi..ternyata bilik tu kosong dan tak dak lansung tanda-tanda orang pernah masuk dalam bilik tu..ya sememangnya tak dak la sebab yang masuk dalam bilik tu setannn!!!
Kami follow depa p spital,kami tengok Anis yang real punya dok terlantar atas katil..dia nampak letih sangat-sangat..tapi aku syukur Anis yang betoi kami dah jumpa dan Anis yang tipu tu mampoih p dia dok honeymoon kat dalam bilik tu..setan punya hantu!!
'Awat hampa lari tinggai aku sorang-sorang kat pulau tu..huhuhu,hampa tak sayang aku dah ka?hampa nak aku bermastautin kat sini kaa??huhu...'kata Anis
'Anis cuba pelan-pelan cerita apa yang dah berlaku sebenarnya?mana hang p?'soal Sara.
Lepas hampa naik,hampa ajak aku jalan-jalan kat pantai..mula-mula aku tak mau p,sebab kan kaki aku dok sakit..tapi hampa beria jugak nak aku p..hampa kata kita jalan dekat-dekat ja..dekat cengkadak ampa punya la jauh hampa bawak aku berjalan..tapi kita sampai kat satu tempat..memang cantik weii..tapi aku pelik jugak tak kan tempat cantik camtu orang tak mai singgah kan..sebab kat situ kita bertiga ja ada.
Dah la tu ada warung kecik siap dengan makanan lagi..lazat-lazat pulak,kita tak rasa pun nak curious ka apa pun..kita melantak buat tak tau..tak helok sungguh perangai kita..huhu,aku makan punya banyak bayangkan sampai tak larat nak berjalan..aku mintak tolong hampa papah..bukan la nak mengada sangat tapi kaki aku kan sakit..tapi hampa buat tak perduli kat aku..hampa blah macam tu ja...aku punya menjerit sambil teriak panggil hampa...hampa buat tak perduli,tak kan la aku sorang-sorang nak duduk situ kan..aku pun jalan la pelan-pelan..jalan punya jalan sampai la aku boleh sesat..lepas tu aku tak ingat apa dah..mungkin aku dah pengsan agaknya.
Ada 2 kisah yang berbeza..aku dengan Sara nak tangguh dulu cerita kami..mungkin lepas Anis nak sihat dan kami dah selamat sampai penang baru kami nak bukak cerita..rasanya tak dak sebab dah la kan kami nak stay sini lagi lama walaupun percutian kami masih lagi berbaki beberapa hari lagi.
Tak pa laa..kami sambung bercuti dalam Malaysia dah la..besok pagi tu kami berangkat balik..pasai bil rawatan Anis tu syukur la pihak Travel Bali Cantik tu nak bertanggungjawab..depa dah setelkan semua siap nak refund balik duit travel island kami tu tapi aku tolak..duit dah tak penting lani..apa yang paling penting kami nak sampai Penang dengan selamat.
So ni pengajaran buat kami semua..bila kat tempat orang jaga kelakuan sama,jaga mulut nak seronok boleh tapi berpada..hormat pada budaya dan kepercayaan negara orang lain..
TAMMAT