11 Nov 2016

Seram Selalu(Bertemu Roh)



Walaupun aku seorang staff yang berkaliber,dedikasi,cantik dan comel :} cukup time aku punch in dan cukup time jugak lah aku punch out..hoho,bukan apa mengikut kajian sainstis kerja lebih masa ni memudaratkan kesihatan what...so aku just follow common sense..hehe

Aku dah kerja dengan majikan aku ni ada la lebih kurang 7 tahun,so tak masalah actually dengan enviroment office dari segi rakan-rakan sekerja.Walaupun ada dikalangan depa ni berpuak-puak tapi aku ngam ja dengan depa semua..pendek kata aku happy lah kerja kat sini.

Lani bulan 9,lepas 9 mestilah 10 kan..haa bulan 10 ni la bermula nya kisah seram yang aku ingin sampaikan..hihi,majikan aku dengan kerjasama staff-staff dia yang bijaksana bersepakat untuk menganjurkan team building..hmm aku rasa boss aku pun perasan dengan sikap staff-staff dia yang suka berpuak-puak ni..good boss kipidap i always support you from behind.

Bila dah mengadap dengan staff-staff yang veteran#tua bangka ni memang la agak susah sikit,macam-macam alasan depa bagi untuk mengelakkan diri dari join team building ni..tetapii bila boss pun dah mula agresif dengan menetapkan yang event ni diistiharkan COMPULSORY maka semuanya redha jala..haha padan muka..demand sangat kan..bluwerkkk!!

Boss aku memang la bagoih orang dia,dia tau yang staff-staff dia sebenarnya tak happy nak join event ni sebab tu dia adakan event ni dekat hotel 5stars you olls..siap belanja one night stay plus tea break la lunch la dinner laa dan sebagainya..memang kami dapat private space untuk semua ni..

Haa start dari situ aku mula dengar sok..ses..sok..ses yang depa semua mula nak plan p swimming la p lepak cafe la itu la ini la lepas ja habis event team building nanti..suka la tu..macam apa ja perangai..haha

Ok nak dijadikan cerita event memang berjalan dengan sangat-sangat lancar..walaupun hujan renyai-renyai kat luar tu tapi kami masih meneruskan acara yang orang panggil treasure hunt,semangat gila betoi aku tengok semua team..mengapakah yaa???hala nokk oii ada price untuk team-team yang menang..dengar sok..ses..sokk..sess mengatakan hadiahnya agak lumayan dong..hehe

Unfortunately team aku tak monang..huhu cuma dapat hadiah saguhati jaa..waaaaa!!! tak pa dah tak dak rezekikan..ai redha ja you olls...lepas ja tamat event team building kami semua free and easy nak swimming ka nak lepak ka ikot suka kami lah..malam ja ada acara lagi iaitu dinner dan pemberian hadiah..hoho i loike makan..makan..dan makan..

Aku terus balik bilik ja..niat nak rilex dulu lepas tu baru nak turun swimming..gila kau dah ada sini rugi la tak guna facilities yang ada..tapi rakan sebilik aku Miss Ooi dah hilang dan tak dopet den nak kesan dah..tak tau sama ada p mandi laut or swimming dekat pool..ehh lantak kau lahh..

Ada la dekat sejam lepak and mandi manda dekat pool dengan seangkatan yang lain..balik bilik nak bilas dan bersiap untuk acara seterusnya tapi aku pelik Miss Ooi tak balik-balik lagi..tadi macam tak perasan pun dia dekat pool side,agaknya dia turun mandi laut la kot..yela depa ni orang-orang kaya kat rumah mesti ada swimming pool punya so apa yang dia nak heran sangat..

So aku pun siap dengan jayanya,jam dah menunjukkan pukul 7pm tapi Miss Ooi tak jugak kelihatan..

Ting..tonggg..haa lebih kurang macam ni lah bunyi dia..hihi,aku rasa Miss Ooi baru jumpa bilik kot ni..hoho,memang kebiasaan aku kalu duduk hotel bunyi bell aku tak terus ja bukak tapi aku tengok dulu melalui benda alah bulat kat pintu tu..ni bukan apa atas faktor keselamatan la jugak..

Aku jengah melalui lubang tu..ehh tak dak orang pulak..pelikk

Ting..tongg...bunyi bell sekali lagi,aku jengah tak dak orang jugak..tapi aku tawakal la bukak pintu pelan-pelan tapi sebelum tu aku sendan pintu dulu mana nak tau orang jahat ka apa at least tak mudah la depa tolak pintu bilik aku..huhu dahsyat pemikiran aku..

Ehh..Miss Ooi la,basah kuyup dia berdiri depan pintu dengan berkaki ayam sambil berpeluk tubuh menahan kedinginan..dia masuk bilik dan dengan basah-basah tu la dia naik atas katil tarik selimut dan tidoq..waaa..pelik bin ajaib ni..aku nak tegur tingkah laku dia tu tapi segan pulak..huhu,nasib baik kami tak kongsi bed..twins bed..ehh lantak kau la Miss Ooi aku dah lapo terok dah ni..tapi sebelum tu aku ada remind dia suruh turun nanti untuk makan malam tapi tak bersahut..ok fine

Acara gilang gemilang malam tu agak tak menarik perhatian aku malam tu,makan pun ala kadar ja..entah la mungkin sebab aku masih memikirkan perihal Miss Ooi tadi,sampai la acara tu berakhir pukul 10.30pm tapi Miss Ooi tak jugak kelihatan..aku teranggapan yang mungkin dia tak sedap badan,justeru itu aku mintak kebenaran dari pihak hotel untuk bungkuskan makanan bagi pihak Miss Ooi..tak tergamak pulak aku biarkan dia berlapar.

Aku balik semula ke bilik,aku nampak Miss Ooi masih lagi terbongkang atas katil..aku cuba kejutkan dia,Ya Allah sejuk benar badan dia sedangkan seawai aku keluar tadi memang aku sengaja matikan penyaman udara..dia masih lagi tak menyahut jadi aku biarkan saja dia dan letakkan makanan yang aku bekalkan tadi atas meja kecik di sudut bilik..

Aku tak pasti pukul berapa aku terjaga malam tu sebab aku terdengar suara yang pelik..perlahan-lahan aku bukakan malam dan aku terlihat sosok tubuh manusia yang sedang duduk disudut bilik melahap makanan dengan rakus..mungkin Miss Ooi terjaga tengah malam akibat terlalu lapar jadi aku hanya biarkan.

Pagi tu aku bangun dan menangkap bau yang teramat sangat busuk..lebih busuk dari bangkai,Miss Ooi dan perkakas-perkakas dia semua dah tak dak..dalam hati tercarut jugak aku,tak tau dihuntung punya olang..dah la semalam aku tolong tapaukan makanan untuk dia bukan dia nak kejutkan aku berterima kasih tapi blah macam tu ja??binaweee betoi...huh!!

Bau tu masih ada,aku dah tak tertanggung dengan tak mandi grab beg baju aku dan terus keluar untuk cheak out..pagi tu dah tak dak aktiviti dan bagi sapa-sapa yang nak balik awai or nak stay sampai time cheak out terserah la..tapi aku decide nak blah jala..

Seminggu lepas balik dari event team building tu aku cuti panjang sebab adik aku khawin jadi sibok la sikit..so lepas balik dari cuti panjang tu aku masuk la office macam biasa,keadaan office pun macam biasa lah..tak dengar pulak ada lagi yang dok bercerita pasai event tu..mungkin semua dah boleh move on kan..hehe

Orang kalau dah cuti panjang balik kerja tak bertimbun tu memang payah la nak ada kan,bertimbun-timbun kerja aku..dah la tu semua URGENT..warrghhhhh!! mau or tak mau kena la stay back 2,3 hari..urmmm tak dopet den nak punch out cukup-cukup time..huhu

Actually sehari,2 yang aku dok stay back kat office ni bukan aku sorang ja tapi Miss Ooi pun stay back jugak dan selama hari tu jugak lah dia nanti blah dulu and tak inform kat aku..at the end aku la sorang-sorang dalam office.Tapi kan yang aku pelik ngan Miss Ooi ni dia boleh duduk dalam bilik dia gelap-gelap,dia mengadap pc dia yang dia tak on?apa tujuan dia?owhh Miss Ooi ni Senior Accountant so dia ada bilik dia sendiri..

Masuk hari ke 3 aku masih lagi stay back kat office,kebetulan masa tu head admin pun balik lambat jugak mungkin sebab nak setel kemasukkan gaji kot..al-makloom la dah nak dekat cukup bulan..hohoho

'Siti u tak nak balik lagi ke?'ehh..pelet kl plak amoi ni..
'Sekejap lagi la Sue(Susan) why u nak balik dah meh?sudah setel gaji kah?'aku saja berseloroh dengan Sue..
'Tired liao..jom la,continue besok la..tak kan i nak biarkan u sorang-sorang'
'Ehh..tadi i nampak Miss Ooi dia sudah balik mehhh?i thought dia belum balik lagi maa thats why i nak stay lagi'

Aku perasan riak wajah Sue berubah..dia tarik aku dan kami berlari ke arah pintu keluar

'Waitt...haiyaa i punya pc belum tutup laa'aku menghentikan langkah kami dan aku ingin kembali semula kedalam untuk tutup pc aku..

'Listen..Miss Ooi sudah tak dak'
'Haa?sudah resign mehh..how come 2,3 hari ni i ada tengok dia maa..'aku masih lagi tak paham.
'Miss Ooi sudah mati liao...sudah near 2minggu!!'

Nasib la aku masih lagi boleh kawal diri aku dengan tak memengsankan diri,kalau tak memang aku akan berkampung kat office malam tu,mana la Sue larat nak angkat aku yang sihat alhamdullilah ni..huhu,mengigil badan aku sejuk habis 1 badan..Kami punya takot sampai tak sempat nak tutup lampu dan pintu..

Ya Allah terima kasih la sebab lindungi aku..sungguh tak sangka selama ni aku duduk sorang-sorang dalam office bertemankan dengan hantu Miss Ooi........huhuhuhuh,lepas kejadian tu 4 hari aku demam tak kebah-kebah..huhu,lepas kejadian tu depa cerita Miss Ooi mati lemas..

Lepas-lepas tamat event team building dia la paling awai turun mandi laut..ada beberapa staff perasan dia mandi laut so semua buat tak tau jala..cuma aku ja yang tau Miss Ooi tak dak masa dinner baru ni yang lain semua tak perasan,dengaq kata mayat dia jumpa pagi masa kami check out..patot la masa aku turun check out aku perasan ramai orang berhimpun dekat beach..

Miss Ooi dah munculkan diri masa dekat hotel lagi..aku dah tak stay back dan tak akan stay back lagi..dan sebolehnya aku akan mengelak dari lalui atau tengok bilik 'Miss Ooi'...aku fobiaaaaa!!!!!

-Tamat-