21 Jul 2016

Seram Selalu (Meet Madam May)


Sebagai manusia kita kena percaya selain kita yang menghuni dunia ni ada mahluk ciptaan Allah yang lain menghuni sama,contoh dia...nyamuk aedes,rimau,gajah,hantu,jembalang dan sebagainya.Bezanya nyamuk,rimau,gajah dan hantu jembalang ni adalah dari unsur yang terlihat dan yang tak terlihat...ok,cukup-cukup dah mukadimah..saya ada 1 story nak create bagi hampa semua baca naa...cerita ni pasai ofis saya yang dulu nya ok tapi sekarang dengan tiba-tiba menjadi sebuah ofis yang angker.

Saya Umi berusia 27 tahun masih bujang dan berpewatakan yang menarik...cia..cia..ciaa..hihi
saya bekerja di sebuah syarikat perumahan dan memegang jawatan sebagai EXE HUMAN RESOURCE,hampa jangan dok tanya gaji cheq berapa naa..cheq tamau habaq k...hahaha lawak jaa..sebagaimana yang hampa sedia maklum ni tugas sebagai HR ni dari mula reja 9 pagi sampai laaa...tak pasti pukul berapa boleh balik..huhu sedih kan..

Ya laa mana tak nya kadang boss besau ada meeting time-time orang dah habis reja,masa tu la baru nak chit chat dengan share partner dia..cittt poodahhh,geram la jugak kadang-kadang tapi aku galas tanggungjawab ni dengan redha dan hati yang terbukak..ha bukak la sangat..

Tengah hari tu aku dapat mesej dari Madam May(Personal Asst boss besau)

'Umi i might be late go home today so u just dont lock my door yet'haa lebih kurang macam tu lah madam kabo kat teman.So secara rasminya aku sedar yang aku tak boleh balik awai sampai la si madam ni puas dok kat opis,huhuhuhu

Tak pala redha jala walau macam mana aku penat dengan reja aku ni tapi aku tetap happy dan dengan kudrat yang ada aku curahkan tanpa sempadan..ciaa..cia..cia...Tetapi lepas ja malam tu aku sedar yang aku ni tiba-tiba macam ada sixth sence pulak,macam-macam perkara yang pelik berlaku ke atas diri aku..

Lebih kurang pukul 8 malam aku still lagi kat ofis,niat di hati nak ja intercom madam tanya dia tak mau balik-balik lagi ka haa...tapi aku batalkan niat aku tu takot dia pandang aku ni bukan sebagai seorang staff yang terlatih dan professional..bukan ampu k,ni sebenarnya yang aku rasa.

Tiba-tiba telefon meja aku berbunyi,syukur alhamdullilah..ni mesti madam nak balik dah.

'Umi..im going back now'

'Ok madam i come over'syukur..syukur..ya Allah..aku pun mula berlagu riang seronok betoi aku boleh nak balik dah..lepas letak telefon tu aku terus naik tingkat atas,lupa nak kabo..ofis aku ni 2 tingkat,tingkat atas semua boss besau mahupun kecik dengan PA depa dan jugak secretary.

Aku naik atas menggunakan lift,lift terbukak ja aku tengok madam tengah tunggu lift nak turun agaknya,tapi yang aku pelik madam terus masuk lift tanpa tegur aku dulu.Selalunya madam tak macam tu,tak pala mungkin madam penat sangat agaknya so aku pun tak fikir panjang aku menghampiri glass door untuk kunci.Tiba-tiba aku perasaan macam ada orang dalam ofis tu dan dia mengetuk pintu,seram jugak masa tu aku mengangkat muka untuk melihat kelibat orang tu dan aku terkejut bila madam May masih ada dalam bilik ofis yang telah aku kunci tu.

20 Jul 2016

Kisah & Tauladan( Racun Menantu)



Drama Racun Menantu telah di tayangkan di Astro, drama ni sangat terkesan di hati saya oleh itu saya ingin menceritakan semula dalam version saya dan tak menyimpang dari kisah yang sebenar.




Aku anak tunggal dalam sebuah keluarga yang sederhana.Kejadian ni berlaku ketika aku masih lagi kecil dan mentah,umur aku ketika itu baru menjangkau 8 tahun.Pada suatu hari ibu telah meminta aku untuk ke kedai membeli sedikit barang keperluan dapur,dan seingat aku hari tu jugak lah kali terakhir aku bersalaman dan melihat senyuman ibu.

Ketika aku berlari-lari anak sambil berlagu riang menuju ke kedai,tiba-tiba aku telah di hampiri sebuah kereta.Seorang lelaki yang tidak aku kenali cuba berbuat baik.

'Adik nak ikot abang tak? abang ada banyak belon,cokelat dan anak patung yang cantik-cantik'

'Ehh..cantik la belon tu abang..urmm tapi ibu suruh saya ke kedai..tak apalah abang..terima kasih'ucap aku sambil berlalu dari situ.Tetapi abang tu tetap tak mahu mengalah memujuk aku,oleh itu dia mengejar aku dari belakang.

'Adik..adik jangan risau..lepas ja adik main belon ni abang akan hantar adik ke kedai ok?'pujuk lelaki tu..aku menjadi semakin takot dengan tindakan lelaki tu.

'Saya tak nak...tak nak laaa!!'

'Ishhhh!! budak ni degil betoi arr...!!' lelaki tu berkata lalu memelok dan mengangkat aku masuk ke dalam kereta lalu memecut laju.Aku hanya budak perempuan yang berusia 8 tahun ketika tu,apa lah daya aku untuk melawan kudrat lelaki jahanam tu.Apa yang aku mampu lakukan hanya menangis sekuat hati aku.Lepas tu aku dah tak ingat apa-apa lagi dah kesan dari ubat pelali.

Aku terjaga dari tidur setelah mungkin beberapa jam.Aku terkejut setelah mendapat tahu yang diri aku ni terkurung dalam bilik kecil yang gelap bersama-sama dengan beberapa lagi kanak-kanak perempuan berumur dalam lingkungan 7-13 tahun.Aku melihat mereka menangis ketakutan..begitu juga dengan aku,apa yang aku ingin sekarang dan saat ni hanya lah ibu..

'Woiii...!!! korang boleh diam tak haa!! dari tadi asyik memekak saja!! bising tau bisinggg!!!'

'Abang tolong la lepaskan saya..saya nak balikkk!!' rayu seorang budak perempuan.

'Apaa...apaa??lepaskan korang?'soal lelaki jahanam tu sambil mencekik leher budak perempuan yang tak bersalah tu.

'Korang semua ni duittt...duittt tau tak duiittt!!! hahahaha...tak kan aku nak lepaskan korang macam tu saja kott...tak dak hasil la kannn..hahaha'kata lelaki syaitan tu sambil ketawa.

'Tapi boleh laa..kalau korang nak aku lepaskan korang...korang kena la tolong aku buat duit naa sayang..sayang abang sekalian...hahahah,lepas aku dah kaya nanti baru aku bebaskan korang ok??'kata lelaki jahanam tu sambil ketawa.

Aku masih mentah ketika tu dan aku lansung tak terfikir pertolongan apa yang lelaki jahanam tu maksudkan...apa yang aku bayangkan hanya pertolongan kecik yang ibu selalu minta aku segerakan mungkin itu juga maksud lelaki tu.

Kami di kurung selama 2 hari,dan perut ini hanya di sisi 2 kali sehari saja itu pun hanya nasi putih dan telur rebus,tak dapat lagi aku merasa makan ikan,ayam atau makanan sedap yang selalu ibu sajikan untuk aku.Pada malam ke tiga kami di kurung..lelaki tu telah membeli baju baru dan diberikan kepada kami.Tetapi aku tak memanggil ia nya baju,kerana ianya hanya kain perca yang hanya menutup bahagian-bahagian tertentu saja,ianya sangat la tak sesuai bagi seorang gadis mahupun kanak-kanak.

Selain mengenakan baju yang tak serupa baju tu,kami semua turut di minta melukis wajah dan pada saat itulah aku mula peralatan make up seperti gincu,pemerah pipi,pewarna mata dan sebagainya.Melihat semua peralatan ni aku tiba-tiba menjadi gembira dan kami ramai memulakan sesi melukis wajah tapi membayangkan apa nasib kami seterusnya,

'Haa...macam ni baru bagusss!! hahaha...baru berselera sikit customer aku dengan korang hahaha'kata lelaki jahanam tu lagi setelah melihat kami mengenakan baju cerca tu dan mengenakan make up.

'Kau..yang tinggi lampai cantik manis tu..mari ikot aku'lelaki itu mengarah kak Mia,tetapi malang sekali kak Mia berkeras tak mahu ikot lalu dia menampar pipi kak Mia.Aku menjadi lebih takot setelah menyaksikan kejadian di depan mata aku.

'Bila aku kata ikot,korang ikot..dengar cakap aku..jangan nak tunjuk keras kepala sangat dekat sini!!'sekali lagi lelaki jahanam tu menampar pipi kak Mia tanpa belas kasihan.Kesian melihat keadaan kak Mia yang pastinya sakit menahan pipi yang sedap-sedap di tampar.

Di sini aku hanya mampu melihat kak Mia diseret keluar dan yang lain hanya mampu menangis..tiba-tiba dari luar aku dan yang lain terdengar suara  kak Mia yang mengerang kesakitan...apalah dosa kak Mia mahu pun dosa kami semua sehingga di perlakukan sebegini rupa.

Di celahan daun pintu aku dapat melihat kak Mia di pukul dengan kuat,dia juga di tendang seperti anjing kurap dan akhir sekali aku melihat perutnya di pijak!!! Ya Allah..terlalu kejam lelaki-lelaki jahanam tu semua.Aku mula terbayangkan nasib aku pasti sama macam kak Mia.

'Kalau korang tak nak jadi atau kena pukul macam perempuan bodoh tu,jangan sesekali terniat nak melawan cakap aku!!! paham!!'terang lelaki syaitan tu.

'Haa..kau ikot aku,gantikan tempat perempuan bodoh tu...kau pun jangan pandai-pandai nak melawan haaa!! lelaki tu mengugut aku,aku menjadi takot lalu menurut saja cakap lelaki tu,tak terbayang apa yang bakal terjadi pada aku malam tu,dan malam tu juga lah telah merubah hidup aku selama-lamanya.

Apa yang terjadi bukan lah atas kerelaan aku dan aku menyifatkan itu adalah perbuatan rogol!! aku telah di rogol oleh seorang lelaki yang sangat layak dan bersesuaian aku panggil datuk!! Setelah puas orang tua jahanam tu melampiaskan nafsu serakahnya,aku melihat orang tua itu memberi sejumlah wang yang banyak...dan saat tu jugak lah aku mengerti benar jenis pertolongan yang lelaki jahanam tu maksudkan.

Pada usia 8 tahun,dengan sekelip mata hidup aku musnah,hancur berkecai!! seusia muda ni apa yang mampu aku lakukan hanyalah dengan menangis,menangis dan menangis...terlintas di benak pemikiran aku,tidakkah ibu atau ayah berusaha mencari aku??tidakkah ibu rindu aku seperti mana aku sangat merindui dia saat ini?? ibu.....Sara takot,Sara nak balik kedakapan ibu...!!

15 tahun berlalu,aku masih lagi tinggal di rumah tumpangan itu.cuma apa yang berbeza sekarang ni aku terus melacur untuk hidup,aku bekerja sendiri.Lelaki yang menculik aku tu pun telah pergi entah ke mana,dia dah banyak duit dia dah kaya dengan hasil lacuran aku selama berbelas-belas tahun.Aku membesar sebagai pelacur,aku sendiri merasa jijik dan hina tetapi apa kan daya matlamat aku masih lagi belum tercapai.


Aku telah berjaya memikat seorang lelaki dan memerangkap dia pada malam di mana aku berjanji untuk melayan dia.Bersesuaian dengan perancangan aku,kami dicekup oleh Penguatkuasa Agama Islam,dan malam itu juga kami di khawinkan.Zaid menerima aku seadanya kerana dia juga menaruh hati padaku dan menerima aku seadanya.

Zaid juga berjanji bahawa dia akan membahagiakan aku...tetapi bukan kerana kasih,sayang mahupun cinta yang membuatkan aku memilih Zaid,aku punya agenda sulit yang lain.

Setelah hampir 2 bulan kami berkhawin,Zaid membawa aku pulang ke kampung halamanya untuk bertemu dengan ayahnya,ibu dia telah meninggal dunia.Ayahnya Pak Dollah adalah seorang ketua kampung yang sangat di hormati dan di segani.Agak terkejut Pak Dollah melihat anaknya Ziad pulang ke kampung dengan membawa seorang perempuan muda iaitu aku.

Zaid dengan bangga memperkenalkan aku sebagai isterinya yang sah kepada ayahnya Pak Dollah,dari riak wajah Pak Dollah terlihat sedikit gusar namun Pak Dollah bersahaja memelok anak lelakinya itu.

'Sara rehat dulu,abang nak sembang dengan ayah kat luar'

'Kau tahu asal usul budak tu Zaid?dari keluarga yang macam mana dia?soal Pak Dollah kepada Zaid.

'Dulu ayah sendiri kata,ayah tak kisah kan saya nak khawin dengan siapa-siapa pun,sekarang saya dah khawin ayah pula mempersoalkan pulak'

'Memang ayah tak kisah Zaid,tapi biarlah dari keluarga yang baik-baik,dari keturunan yang baik-baik itu saja..ni kau tiba-tiba balik bawa isteri,kalau la orang kampung tanya apa yang ayah nak jawab nanti?

'Alaaa...ayah cakap ja yang Zaid buat kenduri kecik-kecik ja belah isteri Zaid Sara'

Sesungguhnya aku memang mempunyai kelebihan tersendiri untuk memikat lelaki,pakej yang cukup pada akulah yang membuatkan ramai lelaki hidung belang berhabis untuk melanggan aku tanpa jemu.

'Ayah..minum lah,Sara buatkan teh susu untuk ayah'

'Ermm..terima kasih'

Sedang aku berlalu untuk ke dapur,di hujung mata aku melihat ayah mengekori setiap langkahku.Zaid sudah pun mendapat pekerjaan di pekan,aku meminta izin dari Zaid untuk keluar berjalan-jalan di sekitar kampung.

Sedang aku berseorangan berjalan sambil menikmati udara kampung,aku telah di sapa oleh Zul rakan Zaid.

'Ehh...Sara buat apa jalan sorang-sorang ni? Zaid tak ikot ka?'

'Tak,abang Zaid kerja...saja,Sara ingat nak mandi sungai'

'Sara tak takot ka mandi sungai sorang-sorang ni?'

'Nak takot buat apa?'

'Tak la Sara,kalau jadi apa-apa nanti siapa yang susah?'

'Emmm...kalau macam tu abang Zul temankan Sara bolehh..?'

'Errr...tapi Sara?'

'Tak boleh tak pe lah abang'

'Ehhh..boleh-boleh,jom...Sara nak naik sekali ka dengan abang?'

'Abang....kalau nak benda ni jadi rahsia kita kena mulakan dari peringkat awal...Sara akan tunggu abang dekat pondok hujung kampung sana'

Hampir 2 jam aku berasmara dengan Zul..

'Sara tak takot ka kalau Zaid sampai dapat tahu perkara ni?'soal Zul sambik mengenakan baju setelah selesai melampiaskan nafsu bersama aku.

'Abang...kalau Sara atau abang tak bukak mulut  perkara ni tak akan ada siapa yang tahu,abang sebelum abang Zaid khawin pernah tak dia ada kekasih sebelum ni? atau mungkin dia pernah bercinta dengan mana-mana gadis dari kampung ni?'

'Dulu sebelum Zaid pindah ke KL dia memang pernah berkasih dengan Baiyah,abang pun tak pasti kenapa hubungan depa terputus tengah jalan'

'Jadi abang rasa Baiyah masih sayangkan abang Zaid tak?'

'Maaf laa Sara abang rasa Baiyah memang masih sayangkan Zaid'

'Baiyah tak khawin lagi ka abang?'

'Baiyah pernah berkhawin tapi diaorang dah pun bercerai'

'Abang Zul tahu punca diaorang bercerai?'

'Yang tu abang tak berapa pasti la Sara...'

'Ermm..besok,boleh tak abang bawa lelaki tu jumpa Sara dekat sini?'

'Dekat sini? ok..boleh..boleh'

'Sara balik dulu..lepas setengah jam kemudian baru abang balik'

Keesokkn harinya aku telah berasmara dengan bekas suami Baiyah dan dari pertemuan sulit tulah aku mendapat tahu Baiyah sememang tulus mencintai Zaid.

Memang aku perasan ayah mertuaku selalu memerhatikan aku dengan pandangan yang penuh bernafsu,dan aku pula lebih suka diperhatikan dengan perhatian yang begitu.Malam tu aku turun ke dapur untuk minum air kerana cuaca malam tu sungguh panas.

'Dah lewat ni..Sara belum tidur?'

'Ni...Sara tengah minum air dahaga sangat,ayah nak air?'

'Tak apa lah Sara minum lah...'mata ayah tidak lepas memandang pelusuk tubuh aku.

'Aku tahu apa yang bermain di fikiran kau? kau inginkan aku'

'Apa Sara cakap ni ayah tak faham?'

'Haha..kalau kita berdua saja tak payah lah nak berayah sangat ok'nafsu ayah mertuaku mula bergelora dia bertindak memelok aku tetapi sempat aku menepis.

'Jangan gelojoh...kalau kau tak mahu sampai anak kau tahu,sabar...kau akan dapat apa yang kau lahapkan'aku berlalu pergi.

Esok pagi aku singgah di kedai Baiyah,sengaja aku ingin berjumpa dan mengenali Baiyah.

'Orang baru ka kat sini?tak pernah nampak pulak sebelum ni?'tegur Baiyah

'Aaa..baru datang dari KL,Sara tinggal di rumah ketua kampung Pak Dollah'

'Owhh..jadi Sara ni la isteri Zaid?'

'Ya saya...kenapa?'

'Tak palah Sara tengok-tengok la barang dulu Baiyah nak ke belakang sekejap'

'Abang..panggilkan ayah makan malam dah siap ni'

'Baik sayang'Zaid naik ke atas untuk menjemput ayah kesayangan dia turun makan.

Aku melayan dua beranak tu seperti biasa,sedang mengadap ayah mertua aku makan..aku sengaja menari-narikan kakiku di betis ayah,ayah sudah kelihatan tidak keruan..aku tersenyum dan merasa puas memperlakukan dia begitu.Setelah selesai mereka makan aku kemudianya mencuci pinggan mangkuk,tiba-tiba ayah datang dari belakang dan bisikkan sesuatu pada aku.

'Aku nak'

'Kau nak apa..?'

'Kau dah janji nak bagi aku!!'ayah menekan kuat suaranya mungkin kerana marah atas sikapku yang sedang menangguh-nangguh.Aku tidak gentar yakni sebesar zarah sekali pun kerana ini yang aku inginkan iaitu mencipta kemarahan nya.

'Jangan jadi bodoh!! sabar..lagi pun aku tak rasa nak sekarang ni sebab aku dah dapat'

Aku hanya berkemban pagi tu dengan langkah yang mengoda aku menghampiri ayah.

'Sebelum kau dapat apa yang kau inginkan,kau harus melakukan sesuatu untuk aku'

'Yaa..aku sanggup..apa saja untuk kau'

'Baiyah tolong tok..Sara kat rumah tiba-tiba turun darah tok tak tahu nak buat apa ni Baiyah tok call Zaid tapi tak berjawab'

'Ya Allah yaka ni tok?? tak pa tok balik la dulu tengok-tengokkan Sara Baiyah tutup kedai sekejap'

'Baiklah tapi tolong cepat sikit Baiyah'

15 minit kemudian Baiyah tiba dia memberi salam,ayah bertindak dengan membuka pintu kemudian menarik Baiyah masuk dan merogol Baiyah,ayah bersikap seperti syaitan yang tidak menghiraukan dosa.

'Ya Allah...apa yang aku dah buat ni?!!'

'Kau tak payah nak berpura-pura menyesal,semuanya terlambat..hahaha'

'Kau memang syaitan,apa yang kau dah buat pada aku ha..?!!'

'Apa yang aku buat pada kau?kau pukul dia kau rogol dia kau tanya lagi apa yang aku buat??hahahahah....'

'Kau kena tolong aku Sara,macam mana kalau Baiyah sedar dan laporkan perkara ni pada polis?'

'Memang la dia akan laporkan pada polis,jadi sebelum dia sedar dan laporkan hal ni ada lebih baik kau bunuh dia lepas tu kau tanam ja dia dekat semak belakang rumah'

Seperti lembu di tusuk hidung,ayah mertua aku mendengar dan meneruskan agenda kejam kami.Keesokkan hari kecoh 1 kampung dengan kehilangan Baiyah.Berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku Pak Dollah meminta ibu Baiyah membuat laporan atas kehilangan Baiyah.

Malam di simbahi dengan hujan yang sangat lebat sehingga mengakibatkan litar pintas dan 1 kampung bergelap.Aku segera ke dapur untuk menyalakan lilin tiba-tiba ayah menerpaku dari belakang.

'Aku tak perduli aku inginkan kau malam ni!!'

Aku menolak sehingga jatuh semua pinggan mangkuk di lantai dan berbaring di atas meja..ayah mertua aku sudah bersedia dan menerpa kearah aku tiba-tiba Zaid datang menarik ayah dan menghadiahkan 1 tumbukan di mukanya.

'Abang...ayah cuba nak rogol Sara..Sara takot abang'berdrama aku depan suami.

'Kau memang syaitan!! tak guna!!'Zaid memukul ayahnya sehingga tidak bermaya,aku bertindak menghulurkan pisau dan mengarah Zaid untuk membunuh ayahnya sendiri.Zaid tersentak dengan tindakan aku kemudian dia memarahi aku kerana dia tidak sampai nak membunah ayah kandungnya sendiri.

'Baik..kalau kau tak nak bunuh dia biar aku bunuh kau dulu!!'sejurus itu aku membenamkan pisau di dada Zaid berkali-kali hingga putus nyawa dari badannya.

'Ya Allah....Zaid!!! siapa kau sebenarnya Sara??!! siapa??!! apa yang sebenarnya kau mahu dari aku??!!!'

'Kau pasti kau tak kenal aku siapa? aku budak kecil yang kau culik lacurkan dan musnahkan hidup aku!! kau masih tak ingat aku siapa??!!! aku bertindak menunjukan gambar ketika aku masih lagi kecil.

'Yaaa..memang aku merancang semua ni,aku peralatkan anak kau aku perangkap dia supaya berkhawin dengan aku dan setelah semua rancangan aku berhasil aku yakin yang hasrat aku untuk membalas dendam terhadap kau akan tercapai!!'

'Ya Allah..maafkan aku,aku menyesal dengan perbuatan aku,aku dah insaf...aku dah insaf..maafkan ayah Sara'

Tiba-tiba terdengar orang kampung memberi salam di luar,aku menjerit meminta tolong..mereka meluru masuk ke dalam rumah dan berlari ke arah dapur melihat Zaid telah pun mati berlumuran darah...

'Ayah...dia bunuh Zaid,dan dia juga cuba bunuh Sara sebab kami tahu rahsia dia...mak cik Baiyah tak hilang ayah dah rogal dan bunuh Baiyah,mayat Baiyah ayah tanam di semak belakang rumah'aku membuka cerita tentang kejahatan ayah tetapi di sebalik perbuatan ayah aku adalah dalang terbesar yang semua orang tak tahu.Segala rancangan aku berjalan dengan lancar.

Aku terlepas dari sebarang pertuduhan,namun nasib tidak selamanya menyebelahi aku..semasa melaksanakan rancangan kedua aku telah di berkas dan di hadapkan kemuka pengadilan..

-TAMAT-









19 Jul 2016

Agar-Agar Milo Berlemak


Bahan-bahan:

  • 25gram serbuk agar-agar Pearl Mermaid 
  • 400gram milo
  • 2 kotak kecik susu dutch lady full cream
  • 1-2 cawan susu pekat
  • 4 cawan air

Cara memasak:
  1. Sediakan periuk dan masukkan 4 cawan air.
  2. Kemudian masukkan ke semua serbuk agar-agar Pearl Mermaid dan kacau sehingga tiada ketulan.
  3. Bancuh 400gram milo dalam cawan berasing,air milo akan menjadi pekat tuangkan kesemua air milo ke dalam periuk yang berisi agar-agar tadi.
  4. Masukkan 1-2 cawan susu pekat(kalau suka manis dan nak dapat kencing manis boleh la tambah lagi..haha)
  5. Akhir sekali tuangkan 2 kotak kecik susu dutch lady full cream ke dalam bancuhan agar-agar dan biar hingga mendidih.
  6. Setelah agar-agar mendidih pindahkan ke dalam bekas besar biar hingga sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk.
  7. Keesokkan hari agar-agar sudah boleh di nikmati.

Pesanan:

Cheq kalu agar-agar ni dah set awai sebelum esok cheq dah bantai laju jaaa...!!! Selamat Mencuba dan Happy Cooking!!!!

Siput Pedas Kaw


Bahan-bahan:
  • Siput 1 mangkuk sederhana besar(terpulang nak taroh siput lala ka,siput remis ka,siput kepah atau seangkatan nya)
  • bawang kecik 10 bijik
  • bawang putih 5 ulas
  • halia 5 hiris
  • serai 3 batang
  • segengam cabai kering
  • cabai melaka 15-20 bijik
  • pati kiub ayam Knorr 1
  • garam 
  • gula
  • sos tiram

Cara memasak:
  1. Kisar kesemua bahan (bawangkecik,bawangputih,halia,serai,cabai kering,cabai melaka)
  2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan yang telah di kisar tadi.
  3. Masukkan air 3 cawan,kemudian perasakan dengan gula,garam,pati kiub ayam Knorr dan juga sos tiram.
  4. Setelah sambal hampir masak masukkan siput kemudian tutup supaya wap-wap yang terhasil dapat mempercepatkan proses memasak siput pedas kaw.

Pesanan:

Siput ni kalau meratah saja pun enak bangat!!! so Selamat Mencuba dan Happy Cooking!!!!!





Spicy Aglio Butter


Bahan-bahan:
  • spaghetti
  • bawang putih 10-15  ulas(cincang halus)
  • carrot
  • cendawan Bunashimeji(google la na kalu x pasti macam mana rupa cendawan ni..hihi)
  • brokoli
  • buttercup
  • garam
  • cili flakes 3 sk(untuk element pedas)
  • serbuk Maggi cukup rasa

Bahan-bahan untuk perap ayam sebagai topping:
  • isi ayam(di potong kecik)
  • sos tiram
  • serbuk Maggi cukup rasa
  • cili flakes

Cara memasak:
  1. Perapkan isi ayam dengan sos tiram,serbuk Maggi cukup rasa dan cili flakes kemudian grill kan bahan perapan(kaedah grill tanpa minyak lebih baik berbanding celup dan goreng) setelah siap letak tepi dulu na.
  2. Panaskan kuali carikan butter dan tumiskan bawang putih yang telah di cincang halus.Setelah tumisan naik bau masukkan cili flakes carrot,brokoli(yang telah di rebus terlebih dahulu) dan serbuk Maggi cukup rasa.
  3. Masak sebentar kemudian masukkan cendawan Bunashimeji dan seterusnya spaghetti.
  4. Gaul hingga semua ramuan sebati.Setelah siap pindahkan dalam mangkuk dan taburkan isi ayam yang telah di perap dan di grill tadi.

Pesanan:

Aglio olio dalam bahasa itali adalah garlic dan oil(olive),so di sebabkan resepi ni resepi bujet so cheq replacekan olive oil dengan butter...tapi rasa dia tetap sedap sebab telah di perasakan...!! so Selamat Mencuba dan Happy Cooking!!!





18 Jul 2016

Biskut Susu Tok Sungai



Bahan-bahan:
  • Tepung jagung 1 paket
  • Susu pekat 1 1/2 tin kecik
  • ceri merah(hiasan)

Cara memasak:
  1. Tapiskan tepung jagung ke dalam mangkuk besar,masukkan susu kemudian gaul dan uli hinggan menjadi adunan yang mudah terbentuk.
  2. Sekiranya adunan masih susah di bentuk masukkan lagi susu pekat(jangan sesekali masukkan air ke dalam adunan tepung kerana ia akan menyukarkan proses membentuk bulat dan kuih akan menjadi keras)
  3. Uli dalam bentuk bulat dan hiaskan dengan ceri merah.
  4. Panaskan oven pada suhu 150 celcius dan bakar sehingga 15-20 minit.

Pesanan:

Biskut yang manis memang serasi dengan sesuatu yang panas!!so Selamat Mencuba dan Happy Cooking!!!!


Resepi Tang Yuan Ringkas



Bahan-bahan:
  • Tepung pulut 3 cawan
  • daun pandan 3 helai
  • pewarna 3 to 4 jenis(mengikut rasa hati colour apa yang cantikk)
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • halia 10-15 hiris
  • longan kering 1 cawan
Cara memasak:
  1. Masukkan tepung pulut kedalam satu mangkuk besar,perasakan dengan garam dan gula kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehinggan terbentuk adunan yang mudah untuk di bulatkan.
  2. Adunan tepung pulut tadi kemudian di asing kan dalam kuantiti yang sama ke dalam 3-4 bekas yang berlainan dan titiskan pewarna tertentu kemudian gaulkan hingga sebati.
  3. Rehatkan adunan sebentar,bahan untuk kuah kita boilkan air kemudian masukkan halia dan longan..perasakan juga dengan gula,resepi ni memerlukan kuah yang manis.
  4. Pada api yang perlahan kita renehkan kuah halia dan longan.
  5. 3-4 adunan tadi kita buat bulat-bulat kecil kemudian masukkan ke dalam air menidih(dalam periuk air ni kita boh la daun pandan untuk aroma wangi)
  6. Adunan bulat tu akan timbul di permukaan menandakan yang adunan telah masak.
  7. Toskan adunan tu kemudian rendamkan dalam air masak(bukan air pili tau,tapi air yang telah di masak)
  8. Setelah kesemua aduan tepung pulut siap di masak toskan dan teruskan masukkan ke dalam kuah halia dan longan tadi.
  9. Renehkan sebentar kemudian siap di hidang bersama teh o panas.


Pesanan:

Tang yuan adalah manisan tradisi masyarakat cina,tapi don worry be happy sebab bahan-bahan untuk manisan ni halal....!!! so guys Selamat Mencuba dan Happy Cooking!!!

Sup Ayam Ringkas


Bahan-bahan dalam sup:
  • ayam 10 ketoi(sayap dan tulang part pilihan saya)
  • ubi kentang 5 bijik
  • carrot 2 batang
  • cendawan enoki 2 paket(saya memang suka letak banyak,tapi 1 paket pun dan cukup)
  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • kiub pati ayam Knorr 2 bijik
  • garam secukup rasa

Bahan-bahan yang harus dikisar:
  • Bawang kecik 10 bijik
  • Bawang putih 5-7 ulas
  • Halia 4 keping yang telah di potong
  • perencah sup ayam ADABI 2 paket kecik(kita akan guna hanya 1 1/2)



Cara memasak:

  1. Tambah sedikit air dan kisarkan kesemua bahan yang telah disenaraikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan ke semua bahan yang telah di kisar tadi dan tumis sehingga naik bau.
  3. Setelah tumisan naik bau masukkan 6 cawan air,kiub pati ayam Knorr dan perasakan dengan garam(kuantiti air boleh di tambah mengikut citarasa anda)
  4. Kemudian masukan ubi kentang dan carrot yang telah di potong kecik.(tutup periuk dan biarkan ubi dan carrot agak sedikit empuk)
  5. Setelah ubi dan carrot agak sedikit empuk masukkan ayam.
  6. Setelah ayam hampir masak masukkan cendawan enoki,daun sup dan daun bawang.
  7. Setelah sup masak akhir sekali taburkan bawang goreng di atas permukaan sup ayam ringkas.

Pesanan:

Sup lebih enak jika di makan dengan nasik panas dan jugak sambal belancannn!!! Selamat Mencuba dan Happy Cooking!!!!


15 Jul 2016

Sosej gulung istimewa



Bahan-bahan:

  • sosej
  • roti gardenia
  • kepingan cheese
  • cili flakes(bagi yang suka element pedaih macam saya)
  • biskut marie
  • garam
  • butter(kalau tak guna butter minyak pun boleh)
  • telur


Cara memasak:

  1. Cairkan butter kemudian goreng sosej, goreng sosej separuh masak.
  2. Untuk crumb dia kita hancurkan biskut marie,perasakan dengan garam dan untuk element pedaih kita masukkan cili flakes kemudian gaul hingga sebati.
  3. Roti gardenia kita ketok-ketok supaya leper untuk senang kita nak gulungkan dengan sosej.
  4. Pecahkan telur dalam bekas berasingan,telur disini bertindak macam glue untuk melekatkan crumb biskut marie.
  5. Langkah terakhir,letakkan cheese di atas permukaan roti,di ikuti dengan sosej kemudian gulung.
  6. celup gulungan sosej ke dalam telur kemudian kedalam serbuk crumb marie.
  7. Goreng sosej gulung istimewa kedalam baki butter yang digunakan tadi.

Pesanan:

Sosej gulung istimewa sedap di makan panas-panas bersama sos cili!!! Selamat Mencuba dan Happy Cooking!!!!!

Begedil Daging


Bahan-bahan:
  • ubi kentang 5-7 biji
  • daging cincang 1 mangkuk kecik(kalau nak lebih rasa daging boleh lebihkan xdak masalah naa)
  • daun bawang
  • bawang merah kecik
  • garam
  • serbuk lada hitam
  • 1 bijik telur
  • 1 cawan tepung
  • Maggi Cukup Rasa
Cara memasak:
  1. Kupas ubi kentang dan rebuskan hingga empuk.
  2. Sementara menunggu ubi kentang empuk,hiriskan bawang merah kecik kemudian goreng dalam kuali berasingan.Goreng sehingga naik bau dan kelihatan garing.
  3. Bagi daging cincang pula kita boleh rebus terlebih dahulu.
  4. Setelah ubi empuk,tos dan perasakan dengan garam,serbuk lada hitam dan Maggi Cukup Rasa.
  5. Lenyek kesemua bahan,kemudian masukkan daun bawang(di potong halus),dan bawang merah kecik yang di goreng berasingan tadi serta daging cincang yang telah di rebus..gaul kan hingga sebati.
  6. Setelah siap adunan,kepal dan bulatkan kemudian ditekan sedikit supaya menjadi leper ini bagi memudahkan proses  memasak.
  7. Pecahkan telur dan tepung dalam mangkuk berasingan.
  8. Celupkan adunan begedil yang telah siap kedalam telur kemudian beralih kedalam mangkuk tepung.
  9. Ulang langkah sehingga habis kesemua adunan begedil yang di kepal tadi.
  10. Kemudian goreng dalam minyak panas,goreng sehingga keemasan.

Pesanan:

Begedil enak dinikmati bersama nasik panas dan jugak di cicah dengan sos....!!!Selamat Mencuba dan Happy Cooking!!!







Sup Ubi Kentang Mudah



Bahan-bahan:
  • 3 biji ubi kentang(boleh lebihkan mengikut citarasa)
  • batang saderi
  • bawang kuning
  • tomato
  • kubis panjang
  • mushroom
  • carrot
  • kiub pati ayam Knorr
  • lada hitam halus
  • garam
Cara memasak:
  1. Potong segala jenis sayur-sayuran di atas dengan bentuk yang lebih mudah di hadam.(p/s:batang saderi tu potong nipis sikit untuk lebih cepat dia masak)
  2. Panaskan air dan masukkan ubi kentang yang telah di potong kecik.
  3. Rebus ubi kentang hingga dia empuk,masa tengah rebus tu proses penyejatan akan berlaku so kita perlu tambahkan air tetapi jangan sekali gus dalam kuantiti yang banyak.
  4. Perasakan dengan kiut pati ayam Knorr,garam dan lada hitam halus.
  5. Bila ubi kentang dah hampir empuk kita masukkan kesemua jenis sayuran(kecuali tomato)
  6. Masukkan tomato pada saat terakhir supaya tomato tidak terlalu lembut.

Pesanan:


Air rebus ubi kentang tu jangan di toskan kerana ia adalah kuah untuk sup ubi kentang!! Selamat mencuba dan Happy cooking!!